Benarlah orang kata, cinta itu buta, tak berbentuk. Kalau tidak masakan Miskiah yang buta dan Amirul yang kudung boleh jatuh cinta.
Mereka membesar bersama hingga mula lahir rasa cinta di hati masing-masing setelah dewasa. Mereka mula menyulam impian untuk hidup bersama hingga menua.
Baru sahaja bunga-bunga cinta mahu berputik, sejarah silam kelahiran Miskiah memisahkan mereka. Keluarga Amirul yang mulanya menyokong hubungan mereka kini menentang hebat percintaan mereka.
Mampukah Miskiah dan Amirul menentang badai yang melanda? Apa yang akan terjadi bila hadirnya Norlie yang mengaku sebagai ibu kandung Miskiah dan merebutnya dari tangan Wak Joyo?
Buy Now